Rasa positif hanya dapat membantu menambah senarai pencapaian kita, malah membuatkan orang lain mahu mendampingi dan berkenalan dengan kita.
Oleh kerana kita seringkali cenderung memberi respons kepada sikap orang lain, orang yang bersemangat dapat menarik orang-orang yang berada di sekitarnya dengan cepat.
Sudah pasti kita mahu di kelilingi oleh rakan-rakan yang ceria, produktif dan positif. Orang yang suka merungut tentulah cuba dijauhi.
Mengapa keadaan ini berlaku?
Sikap yang baik ataupun buruk dapat menjangkiti orang lain. Lebih baiklah kita pilih sikap yang positif dan fikiran yang positif supaya yang berjangkit pada kita adalah yang baik-baik sahaja.
No comments:
Post a Comment