Monday, October 06, 2014

Kejayaan bergantung kepada diri sendiri







Orang yang cemerlang memberi fokus kepada kerja-kerja penting walaupun tidak menyukai kerja tersebut. 

Sementara orang yang lemah memberi fokus kepada kerja-kerja yang menyeronokkan walaupun tidak penting. 

Banyak kerja yang penting kadang-kadang kita tinggalkan begitu sahaja kerana tidak suka atau menganggap kerja tersebut hanya membuang masa. 

Contohnya menghubungi rakan lama untuk bertanya khabar. Dengan teknologi telekomunikasi yang sangat pantas hari ini, hanya sekali sentuh atau klik kita boleh kembali bertemu dengan rakan-rakan sekolah atau teman belajar semasa di universiti. 

Banyak lagi kerja yang kita boleh lakukan untuk menjadi cemerlang kerana kejayaan bergantung kepada apa sahaja yang kita lakukan dengan diri kita.


No comments:

Post a Comment