Monday, October 27, 2014

Awaken the giant within






Penulis: Anthony Robbins
Tahun: 2014
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor.
Muka Surat: 708


Terbitan buku Awaken the Giant Within dalam bahasa Melayu merupakan langkah yang tepat untuk berkongsi pengalaman Robbins mengubah hidup. Muka hadapan buku ini tertulis, “Saya mula memahami bawaha setiap kegagalan saya pada masa lalu sebenarnya adalah asas kukuh yang membawa saya kepada kehidupan yang saya nikmati pada hari ini”.

Selama lebih 35 tahun, Robbins mengabdikan hidup beliau dengan membantu ramai orang dari seluruh dunia, meneroka dan membina kualiti hebat mereka yang unik. Diiktiraf oleh para pemimpin dunia dalam bidang sains prestasi dan pakar dalam psikologi kepimpinan, rundingan, perubahan peribadi dan organisasi, beliau sering menerima penghormatan bagi usaha intelek strategi dan kemanusiaan.

Kita boleh menjumpai cerita, pandangan, idea dan kata-kata motivasi yang kuat untuk mengubah keadaan hidup sedia ada. Robbins memberikan kita kaedah mencipta dan mengecapi impian dalam hidup dalam tiga cara. Pertama, melepaskan kuasa dalam diri, kedua, kuasai sistem pemerkasaan, dan ketiga, pengajaran di sepanjang perjalanan.


 

No comments:

Post a Comment