Sunday, October 26, 2014

Ubah fikiran, ubah kehidupan








Dengan menukar fikiran kita, kita dapat mengubah hidup kita.
 
Saya amat yakin bahawa masalah terbesar yang terpaksa kita atasi adalah memilih fikiran yang betul kerana hidup kita adalah apa yang difikirkan oleh kita.
 
Contohnya apabila kita memikirkan perkara yang sedih, tentulah kita hiba. Apabila kita memikirkan perkara yang menakutkan (seperti gagal dalam temuduga kerja) tentulah ia menekan jiwa.
 
Apabila kegagalan sering terbayang-bayang di fikiran, sudah sampai masanya kita mendakap kegagalan.
 
Hidup kita tidaklah mudah untuk menukar dari negatif ke positif tetapi saya amat gembira jika kita memilih sikap dan pemikiran positif dalam membuat tindakan dan mengambil keputusan.


 

No comments:

Post a Comment