Perubahan merupakan satu perkara baik yang kadangkala sukar hendak dilakukan. Lebih-lebih lagi perkara yang ingin diubah itu sudah menjadi tabiat. Contohnya, menjaga kesihatan diri.
Kajian-kajian tentang penyakit-penyakit moden menunjukkan simptom-simptom awal penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi bermula daripada tabiat pemakanan.
Apakah tabiat pemakanan yang tidak mesra kesihatan ini?
Antaranya makan lewat malam. Orang muda seringkali memilih tabiat ini kerana tidak sempat makan, melengahkan masa makan, bekerja lebih masa dan pengaruh rakan-rakan. Mereka makan kerana sedap bukannya makan kerana berkhasiat.
Biasanya makanan yang sedap ini adalah makanan segera. Selain itu, amalan pemakanan yang salah seperti tidak ambil sarapan pagi, tidur selepas makan dan suka makanan berlemak dan berminyak.
Buang tabiat ini supaya kesihatan kita lebih baik.
No comments:
Post a Comment