Saturday, October 11, 2014

Teknik sandwich







Mengkritik orang lain sangat mudah kerana kita merasakan kita sahaja yang betul. Namun impak ke atas orang yang menerima kritikan berbeza-beza. Ada yang menerima dengan hati yang terbuka, separuh terbuka dan menutup hati. 

Biasanya orang yang menerima kritikan dengan cara yang salah akan menyimpan dendam, stres atau mencari alasan untuk tidak buat apa yang disuruh. 

Teknik yang sesuai ketika memberi kritikan adalah “teknik sandwich” iaitu memulakan bercakap dengan perkara-perkara positif. Kemudian terangkan apa yang perlu dibaiki. Selepas itu mengatakan betapa pentingnya seseorang atau sekumpulan orang kepada organisasi. 

Elakkan berbalah, menghina atau menengking kerana matlamat pembaikan diri tidak akan tercapai dengan cara ini.



No comments:

Post a Comment