Tuesday, October 14, 2014

Menangi hati dengan hikmah







Elakkan diri kita daripada menjatuhkan maruah atau air muka orang lain semasa kita berusaha membuat perubahan sikap. 

Hal ini mungkin bermakna kita mengambil sikap mengalah dalam perbincangan, mengaku kesilapan atau mengambil sikap berdiam diri. 

Pada saya, pilihan yang terbaik adalah menggunakan pendekatan berhemah dan berlemah-lembut. Kata-kata dan pujukan yang lemah-lembut memberi kesan lebih baik daripada mengherdik dan membuat tuduhan. 

Apabila kita berhadapan dengan orang yang jarang atau tidak mahu bersetuju dengan idea kita, cara penyampaian yang berhemah dan berlemah-lembut pasti dapat memenangi hatinya. 

Sebaliknya, jika kita berkeras, menggunakan perkataan yang salah, sudah tentu kita tidak akan mendapat apa-apa hasil.



No comments:

Post a Comment