Sunday, October 05, 2014

Jangan bertangguh buat baik







Apabila Allah swt memberkati masa-masa yang kita ada, banyak perkara yang kita boleh lakukan dan impaknya yang menyeluruh. 

Bagaimana tanda-tanda masa yang diberkati ini? 

Antaranya hasil kerja kita mendapat perhatian, diiktiraf dan dihargai walaupun tidak banyak. Keberkatan masa, sebahagiannya terletak pada sejauhmana kita memberi apa yang kita ada kepada orang lain. 

Contohnya kita ada sedikit wang, ketika itu kita baru sahaja selesai menunaikan solat di masjid. Teringat hendak menderma, kita seluk poket seluar, ambil wang dan terus masukkan ke dalam tabung masjid. 

Masa yang diambil untuk menderma sangat singkat tetapi, Insya Allah mudah-mudahan masa tersebut mendapat keberkatan. Jika kita fikir hendak buat kebaikan, jangan bertangguh-tangguh.



No comments:

Post a Comment