Pada saya, sangat penting menetapkan matlamat sejak di bangku sekolah rendah supaya minda dan tindakan kita dapat dibentuk ke arah yang jelas.
Anak-anak yang diterapkan dengan pencapaian matlamat sudah tentu mempelajari tentang pencapaian iaitu apa yang patut dibuat, bagaimana membuat perancangan seterusnya mengambil tindakan yang betul.
Di sekolah rendah inilah anak-anak belajar membentuk satu matlamat pada satu-satu masa. Dengan menetapkan matlamat dan berusaha mencapainya dapat membantu kita mengembangkan keyakinan diri.
Falsafah bermatlamat adalah memecahkan tembok penghalang dalam diri kita sama ada penghalang ini berada di minda kita atau di dalam jiwa kita.
Apabila tembok ini sudah pecah, kita mungkin berasa yakin untuk melakukan perkara-perkara yang lain juga.
No comments:
Post a Comment