Sunday, October 12, 2014

Teliti dan tepat







Ketelitian menghasilkan ketepatan. 

Kerja-kerja berkaitan penyiasatan, pengiraan atau membuat keputusan menjatuhkan hukuman perlukan penelitian kerana salah pengiraan menyebabkan ketidakadilan, menzalimi orang lain atau berlakunya peningkatan kos. 

Tidak semua kerja perlukan ketelitian seperti membuat jangkaan tentang memakai pakaian yang selesa atau memilih nasi lemak yang enak. 

Jika terlalu teliti memilih warna baju, jenis seluar dan kasut atau gaya rambut, kita mungkin tidak keluar dari rumah. Begitu juga kalau teliti memilih kawan-kawan, akhirnya jaringan sosial kita tidak berkembang, ia tetap statik dan hidup tidak ada kegembiraan lagi. 

Jadi, dalam hidup kita ini, ada masa kita laksanakan ketelitian dan ada masa kita tidak perlu berkira sangat.


No comments:

Post a Comment