Thursday, October 16, 2014

Kuasai matlamat







Matlamat merupakan impian yang ada batas dan waktu. 

Apabila telah dapat satu matlamat, jangan pula berhenti mencari peluang mendapatkan sesuatu yang berbeza, jangan mudah berpuas hati dengan apa yang kita sedang lakukan, walaupun dianggap bertentangan dengan strategi dan tradisi semasa. 

Orang yang dapat menetapkan matlamat adalah orang yang berkuasa ke atas masa hadapannya. Orang seperti inilah yang dapat mencapai pelbagai perkara yang hebat di hadapan mata mereka. 

Namun ia menjadi lebih hebat apabila orang ramai mendapat manfaat daripada pencapaian matlamat-matlamat tadi.



No comments:

Post a Comment