Wednesday, October 15, 2014

Matlamat berikan tujuan







Matlamat memberi kita tujuan. 

Ia membantu kita menumpukan usaha. Matlamat membolehkan kita mengukur tahap kejayaan dari semasa ke semasa. 

Ramai orang yang menempa kejayaan dengan menetapkan matlamat sendiri, mengubah suai matlamat dan memastikan tidak hilang fokus semasa bergerak ke arah matlamat. 

Idea utama di sini adalah menetapkan matlamat tidak kira matlamat tersebut dalam jangka masa pendek, sederhana atau panjang. Tidak salah jika kita memiliki matlamat yang berlapis-lapis kerana sifat matlamat memang begitu. 

Berikan ganjaran kepada diri sendiri selepas kita dapat mencapai matlamat pertama, seterusnya berusaha mencapai matlamat kedua dengan semangat yang lebih kental dan hebat.



No comments:

Post a Comment