Sunday, October 19, 2014

Susun ikut kepentingan







Tetapkan matlamat dan berusaha untuk mencapainya. 

Kadang-kadang kita berjaya sebagaimana yang dirancang, kadang-kadang ia mengambil masa yang lebih panjang dan meletihkan. Kadang-kadang langsung tidak mencapainya. Malah kadang-kadang sudah pun menjadi sebahagian daripada takdir. 

Ideanya ialah kita mesti terus merancang dan berusaha untuk mencapainya. Tanpa matlamat yang spesifik, selalunya kita gagal mengawal pergerakan hidup. Banyak membazirkan masa kerana tidak ada desakan untuk bertindak. 

Tidak ada tempoh masa, tidak ada apa-apa yang perlu diselesaikan hari ini. Sebaik sahaja ada matlamat, dahulukan mana-mana yang penting dan laksanakan satu per satu.



No comments:

Post a Comment