Saturday, October 18, 2014

Mulakan dengan matlamat kecil







Sesuatu matlamat mesti realistik dan dapat dicapai. Tidak semua matlamat boleh dicapai pada hari ini juga kerana banyak cabaran dan perlukan stamina. 

Matlamat yang besar atau jauh bermula dengan tindakan awal yang kecil, yang senang dan boleh dibuat dengan mudah. Tetapkan matlamat kecil dan usahakan supaya tercapai satu demi satu. 

Contohnya kita ada matlamat dan impian belajar sehingga ke Harvard University. Laluan ke universiti mesti dirancang seperti membina kemahiran membaca pada awal usia, bersaing ke sekolah yang terbaik, meraih keputusan “super” cemerlang dalam peperiksaan dan membuat permohonan ke institusi pengajian tinggi. 

Seseorang harus merancang laluan ini supaya setiap peringkat pencapaian dapat dicapai.



No comments:

Post a Comment