Menyentuh anjing tidak menjadi amalan masyarakat Islam di Malaysia. Justeru, penganjuran aktiviti "Saya Mahu Sentuh Anjing" baru-baru ini memberi kejutan kepada kita.
Anjing tidak menjadi masalah kepada bukan Islam kerana binatang itu dianggap sebagai teman untuk bersiar-siar, pengawal keselamatan rumah dan juga ada sesetengahnya dibuat makanan. Namun ia menjadi masalah besar kepada masyarakat Islam kerana boleh mencacatkan ibadah jika tidak dijaga adab-adab penting ketika memeliharanya.
Nabi saw bersabda; "Sesiapa yang memelihara anjing kecuali buruan ataupun ternakan (menjaga ternakan) maka berkurangan pahalanya setiap hari sebesar qirat (Bukit Uhud)". Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Anjing dan orang Melayu di Malaysia kedengaran agak asing tetapi masyarakat di kampung yang mempunyai dusun buah-buahan atau kebun biasanya mereka memelihara anjing sebagai binatang buruan. Mereka juga menjaga adab bagi memastikan amalan ibadah dan kehidupan seharian tidak terganggu. Jika perlu mereka akan menyamak supaya tidak membawa najis berat.
Di Indonesia, khsusnya di Sumatera Barat, amalan membawa anjing di atas motosikal sudah mejadi kebiasaan masyarakat Islam. Anjing digunakan sebagai binatang buruan kerana petani dan pekebun tidak dibenarkan mempunyai senjata api sama ada pistol atau senapang.
Jika kita berkesempatan ke Padang atau Bukit Tinggi, pemandangan seperti ini sudah biasa.
Anjing digunakan untu memburu babi dan diwujudkan pertandingan supaya lebih banyak babi dibunuh oleh anjing. Cara ini dapat menghindari babi yang berkeliaran memusnahkan tanaman pekebun.
Masyarakat Islam di Malaysia tidak perlu sampai ke tahap itu apatah lagi memanggil orang ramai dan meminta mereka menyentuh anjing. Mungkin yang perlu ialah memahami bila dan bagaimana anjing boleh dijadikan sebagai kawan.
No comments:
Post a Comment