Friday, October 24, 2014

Luaskan kaki bangku kehidupan








Keseimbangan dalam hidup meliputi kehidupan diri dan orang lain.
 
Jika kita disibukkan dengan urusan kerja dari pagi sehingga petang seterusnya bersambung ke malam, hanya beberapa minit berbual-bual dengan ahli keluarga dan tidak peduli dengan isi hati orang lain, tentulah hidup menjadi hambar.
 
Saya ingin mengajak anda membahagikan hidup seperti bangu berkaki empat.
 
Satu kaki untuk dimensi keluarga kita, untuk rakan-rakan kita, untuk masa lapang kita dan untuk kesihatan kita. Kita tidak boleh berpisah dengan keluarga kerana mereka sentiasa di samping kita.
 
Rakan-rakan juga penting kerana mereka adalah teman untuk berbual dan meminta pandangan.
 
Mengisi masa lapang menjadikan kita kreatif dan inovatif manakala kesihatan kita untuk masa tua kita. Luaskan kaki-kaki bangku ini supaya hidup menjadi seimbang.



 

No comments:

Post a Comment