Tuesday, October 21, 2014

Fahami matlamat







Dalam hidup, kita mesti ada matlamat. Tidak kira peringkat umur, matlamat perlu difahami dengan jelas.

Katakan kita ambil seorang pemuda yang belum berkahwin dan tanyakan kepadanya apakah yang dia buat setiap hujung minggu. Dia mungkin berkata, "Sebelum berkahwin saya ada banyak masa, boleh pergi minum pagi dengan rakan-rakan, baca surat khabar atau pergi ke pejabat."

Namun hidup berubah, tekanan hidup juga berubah dan matlamat perlu dinilai semula. Kita tanya pula seorang lelaki yang telah berkeluarga tentang matlamatnya sekarang.

Barangkali jawapannya seperti berikut, "Memang susah mengubah tabiat lama tetapi saya perlu melakukannya. Masa hujung minggu saya sekarang hanya bersama keluarga."

Sama ada belum berkahwin atau telah berkahwin, kita perlu ada matlamat yang boleh difahami.


 
Post a Comment