Tuesday, October 28, 2014

Kawal proses pemikiran







Apabila kita memijakkan kaki ke lantai setiap pagi sebaik sahaja bangun tidur, kita sendiri yang menjadikan perjalanan hari itu baik atau buruk dengan mengawal proses pemikiran kita. 

Bermula dengan doa, kita mengharapkan lebih banyak tuah yang datang kepada kita. Apa pula yang hendak dibuat jika yang dirancang tidak menjadi? 

Bertenang, fikirkan reaksi positif yang tidak menyakitkan hati. 

Contohnya begini. Apabila ada kereta yang lebih laju memintas kereta kita, secara automatik kita ada dua pilihan. 

Pertama, kita boleh marah sambil tangan menghentak stereng. Kedua, mengjongketkan bahu dan berkata memandu seperti itu boleh kena perangkap had laju. 

Tidak membiarkan perkara kecil ini mengganggu emosi kita mungkin akan menyebabkan kita sampai ke pejabat dengan lebih tenang.



No comments:

Post a Comment