Bakat dan kreativiti tidak cukup jika mahu berjaya dalam
persaingan. Ia perlukan kerja keras, memberi fokus, cekal dan memiliki sebuah
matlamat.
Memiliki sifat sabar dan sifat tabah dapat merangsang kita
menyempurnakan banyak kerja. Jangan biar apa pun membantutkan usaha cemerlang
kita.
Jangan putus asa, berikan fokus kepada pencapaian. Sentiasa latih untuk periksa
setiap tindakan biarpun kecil.
Kejayaan atau kegagalan dapat dijejaki melalui
perkara yang kecil-kecil yang dilakukan setiap hari.
Banyak perkara kecil yang
menentukan pencapaian hebat seperti datang awal ke mesyuarat, menepati janji
atau sentiasa menambah baik kerja.
No comments:
Post a Comment