Imej Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM)
telah tercalar kerana aktiviti rasuah dalam kalangan pegawai kanan dan
kakitangannya. Penglibatan dua orang pengarah negeri yang turut serta dalam
mengamalkan rasuah ini menunjukkan betapa teruknnya imej KDRM sebagai agensi
penguatkuasa negara.
Tindakan gabungan agensi kerajaan yang
menyelongkar dan mendakwa pegawai terbabit ke mahkamah merupakan langkah paling
bijak untuk membersihkan KDRM sebagai lubuk rasuah negara.
Aktiviti rasuah telah lama dalam jabatan ini dan
kisah bagaimana rasuah menjalar kita akan dengar semasa perbicaraan kelak.
Semua perkara yang berkaitan integriti pegawai dan kekuatan tarikan wang akan
didedahkan secara terperinci.
Tumpuan orang ramai tentulah kepada dua orang
pengarah negeri yang bergelar “datuk”. Mereka berdua wajar dikeji kerana
menjadi contoh kepada amalan rasuah dalam kalangan pegawai bawahannya.
Pemimpin wajar menjadi contoh. Dalam kes
kastam, contoh yang ditunjukkan bukannya contoh yang baik sebaliknya contoh
yang buruk pula dipilih. Kerajaan melantik mereka untuk menjadi pekerja yang
berdedikasi dalam menjalankan penguatkuasaan. Sebaliknya pula menjadi penerima
rasuah.
Umpama peribahasa, “harapkan pagar, pagar
makan padi”, kedua-dua pengarah ini wajar dikenakan hukuman berat supaya
menjadi pengajaran kepada kakitangan kastam yang lain supaya dapat buat kerja
dengan betul.
Jika terdapat mana-mana kakitangan yang ingin mendapat pendapatan
lumayan, mereka boleh gunakan pelbagai insentif yang diwujudkan oleh kastam
sendiri seperti menjadi pemberi maklumat penyeludupan atau memohon kebenaran
ketua setiausaha kementerian untuk menjalankan perniagaan.
No comments:
Post a Comment