Persahabatan atau bersahabat adalah sikap sentiasa bekerjasama dan saling mengambil berat antara satu sama lain.
Banyak aspek yang melibatkan persahabatan seperti berkenalan, mengambil berat dan bantu-membantu. Seseorang dapat dikatakan sahabat sejati apabila bersama-sama melalui masa senang dan susah.
Apakah ciri-ciri sahabat sejati ini? Antaranya ialah sangat dipercayai, tahu kekurangan dan kelebihan diri kita dan tidak meninggalkan kita semasa susah atau ditimpa musibah.
Sebenarnya banyak perkara yang mesti dilakukan untuk menyuburkanpersahabatan kerana membina kepercayaan tidak mudah. Ia mungkin mengambil sedikit masa kerana itulah kena kenal sehingga tahu sifat-sifat baik dan buruk sahabat kita membantu kita menyesuaikan diri dalam persahabatan.
No comments:
Post a Comment