Tuesday, October 07, 2014

Jiwa kecil akan gagal







Seorang pelayar tidak dapat mengubah arah tiupan angin tetapi dia boleh mengatur layar perahu dengan baik. 

Begitu juga dengan apa yang kita lalui dalam hidup. 

Percaya kepada diri adalah kunci utama untuk bangkit daripada rasa lemah, kalah atau tidak ada keyakinan diri untuk mengatur semula arah tuju dan skrip hidup. Berhenti seketika daripada memikirkan masa silam, pandang ke hadapan dengan mental positif. 

Kegagalan adalah sebuah peristiwa dan menjadikan lebih kerap berfikir mencari penyelesaian. Andainya kita memiliki jiwa yang kecil, orang lain yang akan mengatur masa hadapan kita. 

Hala tuju hidup kita mesti ditentukan oleh diri kita sendiri, orang lain hanya menjadi pendorong dan pemberi semangat.



Post a Comment