Thursday, October 09, 2014

Sibuk yang merugikan







Sibuk adalah rutin harian kita yang bekerja. Sama ada bekerja di pejabat atau luar pejabat, makan gaji atau bekerja sendiri, sibuk menjadikan kita tua sebelum masanya. 

Maksudnya ialah kesibukan telah mengurangkan masa berkualiti dalam hidup kita. Lihat sahaja orang-orang yang sibuk dengan kerja tanpa berfikir amal ibadat. Sibuk beginilah yang merugikan. 

Allah swt mengatakan amalan akan digandakan jika kita menafkahkan harta ke jalan Allah. Maksud ayat 245 dalam Surah al-Baqarah, “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya?” 

Dalam kesibukan hari-hari, ambillah sedikit waktu kita untuk beramal di jalan Allah swt supaya dapat jadi bekalan hidup.



No comments:

Post a Comment