Saturday, October 25, 2014

Tiga langkah hidup seimbang








Bagaimana membina hidup yang seimbang?
 
Langkah pertama adalah dengan mengubah sikap kita. Wajar sekali bagi kita untuk berhenti berfikir bahawa meluangkan masa bersama keluarga, beriadah atau keluar untuk majli sosial sebagai pembaziran masa.
 
Langkah kedua adalah meluangkan masa untuk aktiviti sosial yang dapat mengukuhkan persahabatan, menjalin persaudaraan dan meluaskan jaringan sosial dalam masyarakat. Walaupun komitmen terhadap kerja lebih tinggi, melibatkan diri dalam aktiviti sosial kemasyarakatan dapat melengkapkan diri.
 
Langkah ketiga adalah mengambil tindakan. Libatkan diri dalam kerja-kerja sukarela kerana kerja-kerja sukarela membuatkan kita gembira, lebih sihat dan mempelajari erti prihatin dan kasih sayang.


 

No comments:

Post a Comment