Margaret Tatcher pernah memimpin Britain dalam era paling sukar iaitu berlaku peperangan Falklands, kemelesetan ekonomi dan masalah sosial. Dia berjaya melalui tempoh sukar ini tanpa mengeluh dan diakui oleh rakyat negara itu.
Apakah yang memberinya kekuatan?
Ada tiga faktor, pertama, menumpukan perhatian, kedua, memiliki disiplin diri, dan ketiga, mengharapkan kejayaan. Margaret Tatcher memahami bahawa matlamat yang jelas mendesak diri seseorang untuk mendapatkannya.
Dia belum pernah bertemu dengan orang yang berjaya tiba ke puncak tanpa perlu berusaha keras. Tiada jaminan yang kita akan sentiasa berada di puncak kejayaan tetapi usaha dapat membawa kita ke sana.
Banyak kejayaan boleh dicapai dengan memberi tumpuan dan mendisiplinkan diri.
No comments:
Post a Comment