Saturday, October 04, 2014

Sedia akui kesilapan







Semasa saya sedang membaca buku-buku motivasi, saya terpandang sebaris ayat yang berbunyi seperti berikut, “Sekiranya sesebuah organisasi bersedia mengaku kesilapan, ia sebenarnya menggalakkan sikap kreativiti dan menggalakkan pekerjanya mengambil risiko”. 

Saya mengulangi beberapa kali ayat ini untuk memahami maksudnya. Nampaknya ada dua nilai yang baik apabila mengaku kesilapan kita iaitu galakan ke arah kreativiti dan mengambil risiko. 

Apabila kita mengambil tanggungjawab ke atas kesilapan, secara automatik kita mencari penyelesaian yang lebih baik dan lebih kreatif biarpun berhadapan dengan rasa malu dan sebagainya. 

Pada saya, mengakui kesilapan adalah lebh baik daripada menyembunyikannya dan membiarkannya menjadi tohmahan yang berterusan.




No comments:

Post a Comment