1.0 Pengenalan
Mutiara
Jati bertempat di kawasan terdekat iaitu di MITC, Ayer Keroh Melaka. Syarikat
Mutiara Jati memiliki kelebihan kerana tempatnya sesuai dan strategik dengan
kawasan orang ramai dan mudah menjadi tumpuan untuk mendapat perhatian.
Pengurus
perniagaan Mutiara Jati telah memberi kerjasama dengan baik. Matlumat seperti
cara menjalankan perniagaan, halangan dan beberapa sumbangan terhadap
masyarakat telah diperolehi.
1.1 Objektif
Kajian
Antara objektif yang terdapat dalam kajian ini adalah mengkaji pengaruh
sosioekonomi yang dibawa oleh perniagaan Mutiara Jati terhadap kawasan setempat, mengenali dengan
lebih lanjut tentang sejarah penubuhan kedai perabot ini dan memberi pendedahan
kepada kami tentang kaedah dan pengaruhnya terhadap sosioekonomi setempat.
2.0 Latar Belakang Perniagaan
Mutiara Jati telah ditubuhkan pada 29 Disember 2005 dan telah memulakan
perniagaannya pada 1 Januari 2006. Syarikat ini telah dimiliki oleh dua orang
anak muda iaitu Hairunazri Mohd Aras dan Mohd Husni Mohd Rusad yang
masing-masing berasal dari Pontian, Johor.
Mutiara Jati yang kini beroperasi di Bandar Pulai Jaya dan Bandar Baru Uda yang mula beroperasi pada 1 Mac 2007. Pada tahun 2008 dan 2009, cawangan ketiga dan keempat dibuka di MiTC dan Bukit Piatu Melaka dan cawangan kelima dibuka di Shah Alam, Selangor. Syarikat ini menawarkan pilihan perabot jati dan kraftangan bermutu tinggi yang diimport terus dari kilang di Japara, Indonesia dengan harga yang berpatutan. Perabot-perabot ini telah dibuat sendiri oleh pekerja-pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi bagi menjamin ukiran yang kemas dan halus. Pemilik kedai ini telah pergi sendiri ke Japara bagi memilih perabot-perabot yang dapat memenuhi pasaran dan citra rasa pelanggan. Ini juga bagi mengelakkan penggunaan orang tengah agar harga yang ditawarkan adalah yang terbaik.
Dalam usaha untuk menyediakan yang terbaik untuk pelanggan, Mutiara Jati telah memberi khidmat bayaran ansuran kepada yang memerlukan. Penghantaran barang pula tidak terbatas di dalam negeri Johor sahaja tetapi meliputi kediaman-kediaman di seluruh negeri Johor.
Walaupun baru beroperasi selama empat bulan namun begitu sambutan pelanggan adalah amat memberangsangkan. Kejayaan ini adalah kerana tiada perniagaan jati lain yang dapat menandingi harga dan kualiti perabot di Mutiara Jati. Barang-barang yang ditawarkan di Mutiara Jati sesuai untuk kegunaan dan hiasan kediaman dan pejabat.
Mutiara Jati yang kini beroperasi di Bandar Pulai Jaya dan Bandar Baru Uda yang mula beroperasi pada 1 Mac 2007. Pada tahun 2008 dan 2009, cawangan ketiga dan keempat dibuka di MiTC dan Bukit Piatu Melaka dan cawangan kelima dibuka di Shah Alam, Selangor. Syarikat ini menawarkan pilihan perabot jati dan kraftangan bermutu tinggi yang diimport terus dari kilang di Japara, Indonesia dengan harga yang berpatutan. Perabot-perabot ini telah dibuat sendiri oleh pekerja-pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi bagi menjamin ukiran yang kemas dan halus. Pemilik kedai ini telah pergi sendiri ke Japara bagi memilih perabot-perabot yang dapat memenuhi pasaran dan citra rasa pelanggan. Ini juga bagi mengelakkan penggunaan orang tengah agar harga yang ditawarkan adalah yang terbaik.
Dalam usaha untuk menyediakan yang terbaik untuk pelanggan, Mutiara Jati telah memberi khidmat bayaran ansuran kepada yang memerlukan. Penghantaran barang pula tidak terbatas di dalam negeri Johor sahaja tetapi meliputi kediaman-kediaman di seluruh negeri Johor.
Walaupun baru beroperasi selama empat bulan namun begitu sambutan pelanggan adalah amat memberangsangkan. Kejayaan ini adalah kerana tiada perniagaan jati lain yang dapat menandingi harga dan kualiti perabot di Mutiara Jati. Barang-barang yang ditawarkan di Mutiara Jati sesuai untuk kegunaan dan hiasan kediaman dan pejabat.
3.0 Kaedah Pelakasaan
Barangan
Mutiara Jati adalah barangan dari luar. Mutiara Jati mengimport perabot dari Indonesia.
Indonesia juga merupakan negara pengeluar perabot terbesar, perabot yang unik
dan pelbagai pilihan menarik minat perniaga dari Malaysia termasuk perniagaan
Mutiara Jati.
Perabot
yang telah dipesan mengikut corak dan pilihan akan dihantar melalui e-mel dan
telefon. Selepas beberapa minggu perabot yang telah siap akan diberitahu kepada
peniaga untuk memulakan proses penghantaran. Antara pilihan yang kerap
digunakan adalah melalui kapal laut atau kargo. Walaupun mengambil masa yang
agak lambat, keselamatan dan penjagaan perabot diutamakan.
Selain itu
juga, penghantaran seperti kapal terbang juga digunakan kerana dapat mempercepatkan
proses penghantaran. Apabila perabot telah sampai di destinasi, barangan akan
dihantar ke gudang sebagai stor menyimpan barangan yang telah sampai dari luar
negara. Di gudang, perabot akan dipantau untuk melihat keadaan supaya tiada
sebarang kecacatan semasa proses penghantaran. Ini merupakan prosedur standand
perniagaan Mutiara Jati untuk menjamin kepuasan pembeli.
Kemudian perabot
akan mula diagihkan setiap cawangan perabot di seluruh negara dengan cepat
mengikut jadual. Proses ini biasanya mengambil masa satu hingga dua hari. Setelah
perabot dihantar, setiap peniaga seperti perniagaan Mutiara Jati akan mula
menjual perabot itu.
4.0 Cabaran dan Permasalahan yang Dihadapi
Dalam
perniagaan, selalunya peniaga akan mengalami pelbagai arang melintang dan
masalah yang dihadapi selama berniaga. Masalah ini sering dikaitkan dengan
kelemahan peniaga sendiri, alam sekitar dan pesaing-pesaing lain. Salah satu
masalah yang sering berlaku kepada peniaga ialah kondisi atau keadaan
barang-barang semasa barang dihantar kepada pelanggan. Hal ini kerana pelbagai
masalah yang sering dapat dilihat berlaku kepada barang yang dihantar kepada
pelanggan. Contohnya, barang yang dihantar tercalar, pecah, retak dan
lain-lain.
Selain itu,
pelanggan juga sering dilihat mendatangkan masalah kepada peniaga. Pelanggan
yang hanya datang untuk meninjau, membuang masa dan mengganggu pekerja sering
berlaku.
Permasalahan
ketara yang sering berlaku kepada peniaga ialah saingan. Masalah saingan sering
berlaku kepada peniaga tidak mengira peniaga kecil-kecilan sehingga peniaga
borong atau besar-besaran. Oleh kerana terdapat ramai pesaing di persekitaran
tempat peniaga itu berniaga, kemungkinan untuk pelanggan singgah ke premis
peniaga itu berniaga kecil.
Masalah
lain yang berlaku ialah kekurangan pelanggan pada hari-hari biasa. Oleh kerana
pada hari biasa, ibu bapa akan sibuk dengan pekerjaan mereka dan tidak akan
sempat untuk singgah ke kedai-kedai.
5.0 Impak Sosioekonomi
Kemajuan
syarikat akan dapat meningkatkan lagi ekonomi bukan sahaja pada syarikat namun
dapat membantu meningkatkan lagi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Selain itu peningkatan ekonomi syarikat juga dapat membantu sedikit sebanyak
dalam kemajuan ekonomi negara.
Dengan
adanya syarikat perabot kayu jati keluaran Malaysia sendiri seperti ini dapat
membantu memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat setempat. Selain itu
syarikat seperti ini dapat mewujudkan kerjasama perniagaan antara negara.
Contohnya kerjasama antara Indonesia, seperti mana yang kita tahu kayu jati
yang dibeli oleh syarikat ini diimport khas dari Indonesia. Pada masa akan
datang, kemungkinan hubungan antara syarikat luar negara dalam eksport produk
juga akan terjalin.
6.0 Cara Mutiara Jati Mengatasi Masalah Dalam Perniagaan
Setiap
perkara yang dilakukan ada permasalahan yang tersendiri. Permasalahan mesti
mempunyai penyelesaiannya. Begitu juga dengan perniagaan, setiap cabaran yang
dihadapi mesti mempunyai cara tersendiri untuk mengatasinya. Cara yang perlu
dilakukan dalam perniagaan mestilah kreatif dan inovasi agar perniagaan dapat
berjalan dengan lancar dan baik.
Begitu juga
dengan perniagaan Mutiara Jati, pelbagai langkah yang dijalankan untuk
memajukannya. Antaranya adalah mengadakan promosi pada musim-musim tertentu
seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan lain-lain perayaan. Potongan
harga menyebabkan hati para pelanggan terpikat untuk datang mememuhi kedai
Mutiara Jati.
Seterusnya,
produk iaitu perabot yang dijual hendaklah unik dan lain daripada syarikat
lain/hanya terdapat di Mutiara Jati sahaja.
Perabot diimport khas dari kilang di Indonesia dan Mutiara Jati telah
menjalinkan kerjasama antara kilang tersebut. Keunikannya membolehkan mereka
untuk terus maju dan berdaya saing dengan baik sekali.
Selain itu,
kaedah yang digunakan semasa melayan pelanggan adalah merupakan cara untuk
memajukan perniagaan. Mutu layanan mestilah ditingkatkan seperti lemah lembut,
mesra dan sanggup menerima tohmahan daripada para pelanggan. Para peniaga perlu
diingati selalu kerana pelangganlah yang menjana sumber pendapatan dalam
sesebuah perniagaan.
Para
pekerja juga mestilah menepati masa dan janji terhadap para pelanggan. Hal ini
kerana cara ini akan lebih membuka hati para pelanggan untuk terus berpegang kepada
perniagaan kita kerana mereka berasa selamat dan selesa. Seterusnya akan terus
berpegang kepada perniagaan ini.
Kesimpulannya,
terdapat pelbagai lagi cara yang digunakan oleh perniagaan Mutiara Jati. Semua
cara yang dijalankan adalah untuk menarik hati para pelanggan dan sekali gus
dapat menjana sumber ekonomi dengan baik.
Sebagai
langkah dan usaha untuk mempertingkatkan lagi mutu jualan di masa hadapan
syarikat perlu melakukan beberapa cara atau inisiatif yang dapat menaikkan nama
syarikat di mata orang ramai. Antaranya ialah mempromosikan produk-produk
menggunakan media massa sebagai batu loncatan bagi membuka mata orang ramai.
Di samping
itu syarikat perlu mengubah corak perniagaan supaya dapat menarik minat
pembeli. Justeru, syarikat boleh menjalankan perniagaan secara online
untuk memudahkan dan menambaikkan urusan perniagaan. Syarikat juga perlu
menambah bilangan cawangan di serata negeri agar dapat memudahkan penghantaran
produk dan juga dapat menarik lagi ramai pelanggan.
Selain itu
syarikat perlu membina kilang membuat perabot kayu jati sendiri dan mewujudkan
ladang pokok jati sendiri. Akhir sekali syarikat harus sentiasa mendapatkan maklum
balas dari pembeli supaya penambahbaikan dari masa ke semasa dapat dilakukan.
7.0 Kesimpulan
Sebagai
kesimpulan, perniagaan membawa perubahan besar kepada seluruh umat manusia.
Kita juga telah diterangkan bahawa setiap manusia yang dilahirkan telah
ditentukan rezeki masing-masing. Jadi, melalui rezeki itulah pula kita sebagai
manusia berusaha untuk mendapatkan rezeki.
Telah diterangkan dalam hadis bahawa terdapat sepuluh sumber rezeki yang Allah
turunkan, sembilan dapadanya ialah dari berniaga. Manakala satu bahagian yang
selebihnya dari sumber yang lain.
Melalui
kajian lapangan ini juga, dapat diketahui tentang selok-belok perniagaan yang
dijalankan, impak sosioekonomi, potensi untuk memajukan perniagaan dan
lain-lain lagi.
Rujukan
http://www.facebook.com/pages/mutiara-jati/384479743614
http://www.mutiarajati.com/
MZ Zainudin, Muhammad Aizad Safwan, Huzaifah Harun, Mohamad Yadiy
Zakwan M. Yusof, Wan Muhamad Afnan Wan Azman, Mohd Izzudin Hamiz Mat Zain, Mohd
Anis Abd Rahman
No comments:
Post a Comment