Tuesday, March 31, 2015

Pengetahuan umum terhadap industri makanan halal di Melaka










1.0 Pengenalan

Makanan yang halal ialah makanan yang dibolehkan untuk dimakan menurut ketentuan syari’at Islam. Segala sesuatu baik berupa tumbuh-tumbuhan, buah-buahan ataupun binatang pada dasarnya adalah hahal dimakan, kecuali apabila ada nas-nas al-quran atau hadis yang melarangnya. Ada kemungkinan sesuatu makanan menjadi haram karena mengandungi mudarat atau bahaya bagi kehidupan manusia. Makanan halal merupakan keperluan yang cukup penting bagi umat Islam. Allah swt berfirman,


“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Karena Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu”. (Al-Baqarah: 168)


Makanan halal boleh dijelaskan dengan sesuatu bahan makanan yang suci dan baik di samping tidak melanggari syariat Islam sewaktu mendapat dan menggunakannya. Arak, khinzir serta anjing adalah contoh makanan yang telah ternyata tidak dihalalkan oleh syarak (haram) untuk memakannya. Ini adalah berdasarkan pada peraturan yang ditemui dan tercatat dalam al-quran, kitab suci Agama Islam 1400 tahun dahulu lagi. Beberapa peraturan lain ditetapkan melalui fatwa yang dibuat oleh mujtahid dengan berbagai-bagai peringkat ketegasan, namun tidak semua daripadanya diterima oleh golongan dalam Islam. Menurut al-quran dalam surah al-Maidah ayat 3, satu-satunya fokus yang secara jelas diharamkan adalah daging dari haiwan yang mati sendiri, darah, daging babi, dan haiwan yang dikorbankan selain daripada nama Allah swt.

Perkara berhubung halal dan haram telah diperjelaskan dengan begitu nyata dalam al-quran. Setiap sumber makanan, sumber pendapatan, bahan keperluan harian dan sebagainya, diwajibkan ke atas penganut beragama Islam untuk memilih yang halal. Setiap bahan dan sumbernya perlulah 100% halal malah suci dan baik dan tidak menimbulkan rasa was-was atau keraguan mengenai status halalnya. Ini adalah kerana setiap sumber yang haram akan menjadi darah daging dan akan menjejaskan amalan, doa dan personaliti dalaman dan luaran seseorang.

Dalam kita membincangkan konsep haram, ia bukan sahaja meliputi makanan yang tidak mengandungi khinzir, malah ia meliputi konsep yang lebih luas lagi seperti sumber pendapatan, cara hidup dan lain-lain lagi. Malah haram bagi umat Islam sesuatu barangan atau perkhidmatan itu, jika ia dicari dengan cara seperti mencuri dan menyalahi aturan penggunaannya dalam konsep undang-undang Islam.

Di Malaysia, Jakim telahpun mewartakan badan-badan tertentu untuk menjaga produk-produk yang dikomersialkan dijamin halal. Mereka perlu memastikan bukan sahaja produk malahan dari sudut bahan, kaedah proses, kebersihan perlatan dan premis turut diambil kira. Semua ini bertujuan untuk memastikan makanan yang dikormesialkan kepada pengguna khususnya masyarakat Malaysia yang beragama Islam selamat dan dijamin halal untuk dimakan.


2.0 Kajian Literatur

Pemakanan merupakan salah satu aspek yang sangat diberikan penekanan oleh Islam. Umat Islam bukan sahaja diminta memakan makanan yang halal iaitu suci dan bersih tetapi juga toyyiban yakni makanan yang baik, selamat serta memberi manfaat kepada tubuh dan kesihatan sama seperti disebut dalam surah Al-Maidah ayat 88 iaitu,


“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman”.


Inilah antara punca industri makanan halal mampu berkembang pesat dan makanan halal menjadi permintaan ramai. Kami akan menyentuh kajian-kajian yang pernah dibuat yang berkait industri makanan halal.

Daya saing adalah kemampuan sesebuah firma atau syarikat meningkatkan keupayaannya untuk memastikan produk syarikatnya dapat ditawarkan pada harga, masa dan kualiti yang tepat. Kebanyakan syarikat yang terlibat dalam industri ini makanan halal tertubuh dengan bantuan pihak kerajaan iaitu  melalui program Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang telah lama dilaksanakan. Sebanyak 99.2% syarikat bermula dari IKS dan penguasaan terbanyak merupakan dalam sektor pembuatan yang merangkumi hampir 50% yang terlibat dalam IKS makanan halal.

Analisis daya saing yang dibuat oleh penulis menggunakan empat penentu utama sumber iaitu sumber manusia, modal, teknologi dan bahan mentah. Analisis sumber akan memberi keutamaan kepada persoalan bagaimana sumber menyumbang kepada daya saing IKS makanan halal berasaskan bijirin. Selain dari faktor sumber, faktor keupayaan firma juga sangat penting kepada pembentukan daya saing. Justifikasi kepentingan faktor ini yang terdiri dari kecekapan, produktiviti, penyelidikan dan pembangunan (P&P) dan eksport.

Berdasarkan hasil kajian, sikap dan persepsi yang positif ditunjukkan oleh semua pengusaha industri makanan halal tanpa mengira jumlah jualan syarikat. Namun penemuan ini juga dapat menggambarkan bahawa kesemua pengusaha makanan halal yang ditemubual sememangnya memiliki sikap dan persepsi yang positif. Nilai jualan hanya syarikat pula bergantung kepada saiz syarikat dan juga saiz pasaran. Hal ini bermakna tidak wujud hubungan secara signifikan di antara faktor sikap dan persepsi positif dengan nilai jualan syarikat.

Sikap dan persepsi positif adalah antara ciri penting yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Hanya pengusaha yang mempunyai nilai ini sanggup menanggung risiko dan mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan yang mencabar. Namun ianya bukan merupakan faktor penentu mutlak kerana masih terdapat faktor-faktor lain yang turut menentukankan kejayaan sesebuah perniagaan.


3.0 Metodologi Kajian

Metodologi bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengumpulan data untuk dianalis dalam penghasilan kajian bersesuaian dengan objektif kajian yang akan dicapai pada akhir kajian. Justeru, bahagian ini membincangkan kaedah-kaedah kajian yang digunakan dalam proses mendapatkan data yang dikehendaki untuk menjalankan analisis kajian. Selain itu, bahagian ini juga menyentuh aspek penting dalam penyelidikan seperti rekabentuk kajian,tempat kajian, sampel kajian dan cara kerja kajian.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal di Melaka. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Kaedah ini didapati sesuai dengan bentuk kajian ini dengan hanya mengemukakan beberapa soalan dalam borang soal selidik dan mengetahui sikap responden terhadap  tajuk kajian dijalankan. Hal ini juga dapat memudahkan pengkaji membuat mengumpulan dan menganalisis data untuk mendapatkan hasil kajian. Kajian ini tidak bertujuan untuk mencari perbezaan atau sebarang perkaitan.

Kajian berbentuk soal selidik ini sangat popular digunakan dalam kalangan penyelidik. Hal  ini kerana soal selidik ini merangkumi bidang yang luas dan mudah dibuat. Soalan-soalan yang dibuat tidak terlalu rumit untuk dijawab oleh responden. Responden dapat menjawab soalan tersebut tanpa pengawasan oleh pengkaji atau penyelidik. Hal ini tidak boleh dipandang ringan juga kerana jika responden tidak jujur dalam menjawab soalan soal selidik yang diberikan ia akan menjejaskan dapatan kajian ini.

3.2 Sampel Kajian

Responden yang terpilih adalah daripada pelbagai kaum yang terdapat di Melaka iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Responden juga dipilih daripada pelajar-pelajar dan orang awam secara rawak dan tidak mengikuti jantina.

3.3 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini,bahan yang digunakan untuk mengumpul maklumat adalah borang soal selidik. Hal ini kerana borang ini sesuai digunakan dalam kajian berbentuk tinjauan yang dilakukan ini. Selain itu, borang ini mudah untuk mendapatkan maklumat berdasarkan kepercayaan, perasaan dan kehendak individu itu sendiri. Jawapan yang diberikan oleh responden tidak dipengaruhi dengan arahan tambahan atau penyataan tambahan dari sumber luar.

Jenis soal selidik yang digunakan adalah berbentuk pilihan jawapan. Soal selidik seperti ini mengandungi soalan atau penyataan beserta dengan cadangan jawapan atau maklum balas. Responden perlu membaca dan memahami penyataan dan memilih jawapan yang paling sesuai bedasarkan cadangan jawapan yang diberi. Responden tidak perlu untuk mengeluarkan idea-idea tambahan untuk mengisi soal selidik tersebut. Di samping itu maklumat-maklumat diperoleh secara tersusun dan jelas yang dapat memudahkan penganalisisan data boleh dilakukan dengan cepat dan tepat.

Dalam kajian ini, borang soal selidik mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A berkaitan soal selidik profil responden dan Bahagian B berkaitan soal selidik kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal.

Bahagian A: Soal selidik profil responden

Dalam bahagian ini soalan berkaitan dengan maklumat diri responden yang mengisi borang soal selidik ini. Jenis soalan yang dikemukan ialah jantina, umur, bangsa dan taraf pendidikan responden.

Bahagian B: Selidik kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal.
Soal selidik ini digunakan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Bahagian ini mempunyai soalan atau pertanyaan sebanyak 12 pernyataan. Soalan-soalan yang diberi telah diberikan cadangan jawapan berdasarkan skala likert. Antara jawapannya adalah seperti berikut iaitu tidak setuju, kurang setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju.

Melalui borang soal selidik, data-data dianalisis melalui kaedah peratusan dan kekerapan. Kaedah ini dilakukan pada setiap soalan untuk melihat peratus jawapan yang didapati daripada responden melalui borang soal selidik dan untuk mendapat kejituan hasil dapatan yang lebih tepat bagi mencapai objektif kajian.

Kajian ini merupakan satu kajian tentang kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal dan kami telah mengambil pendapat orang ramai melalui kaedah soal selidik. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan atau penyataan-penyataan yang berkaitan dengan industri makanan halal. Seramai 15 orang responden telah dipilih yang terdiri daripada 11 lelaki dan empat perempuan untuk menjalankan kajian. Kajian in melibatkan pengumpulan data, analisis data, interpretasi dan merumuskan hasil kajian.


4.0 Hasil Kajian


Rajah 2: Peratusan responden mengambil berat tentang makanan yang mereka makan

Merujuk rajah 2 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan pertama ialah “saya mengambil berat makanan yang saya makan”. Maklumat menunjukkan empat pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Tujuh responden (46%) mengatakan mereka setuju  bahawa mereka mengambil berat tentang makanan yang mereka makan. Diikuti enam orang (40%) sangat setuju iaitu dan seorang (7%)  tidak pasti dan tidak setuju. Kesimpulannya, kebanyakan responden mengambil berat makanaan apa yang dimakan.


Rajah 3: Peratus responden yang mengetahui ciri-ciri makanan halal menurut prinsip Islam

Merujuk rajah 3 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kedua ialah “saya mengetahui ciri-ciri makanan halal menurut prinsip Islam iaitu halal dan bersih (halalan toyyiba). Maklumat daripada rajah menunjukkan tiga pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu tidak pasti,setuju dan sangat setuju. Lapan responden (57%) mengatakan mereka setuju bahawa mereka mengetahui ciri-ciri makanan halal menurut prinsip Islam iaitu halal dan bersih. Diikuti empat orang sangat setuju (29%) iaitu dan dua orang (14%) responden untuk tidak pasti. Kesimpulannya, sebilangan besar responden mengetahui ciri-ciri makanan halal menurut prinsip Islam iaitu halal dan bersih (halalan toyyiba).


Rajah 4: Peratus responden yang mengetahui syarikat-syarikat yang
mengkormesialkan produk makanan halal

Merujuk rajah 4 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan ketiga ialah “saya mengetahui syarikat-syarikat yang mengkormesialkan produk makanan halal”. Maklumat daripada rajah menunjukkan tiga pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu kurang setuju, tidak pasti dan sangat setuju. Sebelas responden (69%) mengatakan mereka tidak pasti mereka mengetahui syarikat-syarikat yang mengkormesialkan produk makanan halal. Diikuti tiga orang (19%) kurang setuju dan dua orang (12%) sangat setuju. Kesimpulannya, tidak semua responden mengetahui tentang syarikat-syarikat yang mengkormesialkan halal dan hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya.


Rajah 5 : Peratus responden yang melihat logo halal pada bungkusan makanan 
sebelum membeli

Merujuk rajah 5 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan keempat ialah “saya melihat logo halal pada bungkusan makanan sebelum membeli”. Maklumat daripada rajah menunjukkan empat pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu kurang setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Lapan responden (53%) mengatakan mereka sangat setuju dengan kenyataan bahawa mereka melihat logo halal pada bungkusan sebelum membeli. Diikuti empat responden (27%) setuju dan dua orang (13%) tidak pasti. Akhir sekali, seorang responden (7%) kurang setuju. Kesimpulannya, kebanyakan responden bersetuju melihat logo halal di bungkusan makanan sebelum membelinya.


Rajah 6 : Peratus responden yang mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Merujuk rajah 6 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kelima ialah “saya mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)”. Maklumat daripada rajah menunjukkan tiga pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju dan tidak pasti. Sebanyak (60%) mewakili sembilan responden mengatakan mereka  sangat setuju bahawa mereka mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Diikuti sebanyak (33%) iaitu lima orang setuju dan (7%) iaitu seorang tidak pasti. Secara keseluruhanya responden bersetuju dan mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Rajah 7 : Peratus responden yang mengetahui bahan bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang di proses.
Merujuk rajah 7 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan keenam ialah “saya mengetahui bahan bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang di proses”. Maklumat daripada rajah menunjukkan empat pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Lima responden (33%) mengatakan mereka sangat setuju bahawa mereka mengetahui bahan bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang di proses. Empat responden (27%) setuju dan tiga orang tidak pasti dan kurang setuju (20%). Secara keseluruhannya responden bersetuju dan mengetahui bahan bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang di proses.


Rajah 8 : Peratus responden yang mengambil berat tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk makanan halal.

Berdasarkan rajah 8 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan ketujuh ialah “saya mengambil berat tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk makanan halal”. Maklumat daripada rajah menunjukkan tiga pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju dan tidak pasti. Sepuluh responden (67%) mengatakan mereka  sangat setuju bahawa mereka mengambil berat tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk makanan halal. Seorang (6%) setuju dan empat orang (27%) tidak pasti. Secara keseluruhannya responden bersetuju terhadap mengambil berat tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk makanan halal.


Rajah 9: Peratus responden yang memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia.

Berdasarkan rajah 9 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kelapan ialah “saya memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia”. Maklumat daripada rajah menunjukkan empat pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Sepuluh  responden (47%) mengatakan mereka sangat setuju bahawa mereka yang memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia. Lima responden (33%) setuju, empat responden (27%) tidak pasti dan seorang (7%) kurang bersetuju. Secara keseluruhannya responden bersetuju terhadap memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia.


Rajah 10: Peratus responden yang memastikan sesuatu premis memiliki Sijil Halal yang telah disahkan oleh Jakim sebelum membeli produk keluaran mereka.

Berdasarkan rajah 10 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal.oalan kesembilan ialah “saya memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia”. Maklumat daripada rajah menunjukkan tiga pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Sebanyak sembilan responden (60%) mengatakan mereka sangat setuju bahawa mereka memastikan sesuatu premis memiliki Sijil Halal yang telah disahkan oleh Jakim sebelum membeli produk keluaran mereka. Sebanyak lima orang (33%) setuju dan seorang (7%) kurang bersetuju. Secara keseluruhannya responden bersetuju terhadap memastikan sesuatu premis memiliki Sijil Halal yang telah disahkan oleh Jakim sebelum membeli produk keluaran mereka


Rajah 11 : Peratus responden yang memastikan sesuatu premis memiliki Sijil halal yang telah disahkan oleh JAKIM sebelum membeli produk keluaran mereka.

Berdasarkan rajah 11 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kesepuluh ialah “saya merujuk direktori makanan halal yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengkaji tentang produk-produk halal”. Maklumat daripada rajah menunjukkan empat pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Sebanyak sepuluh responden (40%) mengatakan mereka setuju bahawa mereka merujuk direktori makanan halal yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengkaji tentang produk-produk halal. Sebanyak empat orang iaitu 27% setuju, empat orang (27%) tidak pasti dan seorang (6%) kurang bersetuju. Secara keseluruhannya responden bersetuju terhadap merujuk direktori makanan halal yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengkaji tentang produk-produk halal.


Rajah 12 : Peratus responden yang merasakan pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang

Berdasarkan rajah 12 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kesebelas ialah “saya merasakan pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang”. Maklumat daripada rajah menunjukkan empat pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan tidak setuju. Sebanyak (53%) mewakili lapan responden mengatakan mereka sangat setuju bahawa pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang. Sebanyak (27%) iaitu empat seorang tidak pasti, (13%) iaitu  dua orang setuju dan seorang (7%) tidak bersetuju. Secara keseluruhannya responden bersetuju pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang


Rajah 13 : Peratus responden yang berpendapat bahawa produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu.

Berdasarkan rajah 13 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kedua belas ialah “saya berpendapat bahawa produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu”. Maklumat daripada rajah menunjukkan tiga pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Sebanyak (80%) mewakili 12 responden mengatakan mereka setuju bahawa mereka berpendapat bahawa produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu. Sebanyak (13%) iaitu dua orang setuju dan seorang  iaitu (7%) tidak pasti. Secara keseluruhannya responden bersetuju terhadap pendapat bahawa produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu.


5.0 Kesimpulan

Penumpuan terhadap aspek kualiti, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di sepanjang rantaian proses pengeluaran dan juga aktiviti pemasaran produk makanan sewajarnya wajib dititikberatkan oleh semua kakitangan di industri makanan Malaysia. Setiap elemen ini diperlukan bagi tujuan memastikan dan memberi jaminan pengeluaran produk makanan yang bersih, selamat, halal serta sesuai untuk digunakan. Selain itu, pematuhan, pemantapan pengetahuan dan perlaksanaan menyeluruh amalan standard-standard tertentu yang bersesuaian perlu dilaksanakan secara peringkat demi peringkat. Pengusaha PKS makanan tempatan perlu sedar supaya mengetengahkan aspek-aspek tersebut di samping berazam untuk menembusi pasaran luar melalui penawaran produk makanan yang setanding dan tidak diragui kualiti dan keselamatannya.

Dengan demikian, cabaran dalam mengekalkan sistem penguatkuasaan keselamatan makanan yang berkesan dan dipercayai oleh orang awam adalah penting dalam memastikan pengeluaran produk yang berkualiti dan selamat mencapai matlamatnya. Kakitangan kerajaan perlulah melakukan kajian lanjutan tentang perbezaan amalan jaminan kualiti yang wujud di sesebuah negara dalam penyediaan makanan yang selamat.

Selain itu, tindakan selanjutnya perlu diambil bagi menggalakkan pelaksanaan serta pematuhan standard yang berkaitan di industri makanan terutamanya yang diusahakan oleh PKS. Tambahan pula, kesedaran pengguna terhadap keperluan akta dan peraturan keselamatan makanan perlu diterapkan sebagai salah satu pemangkin pelaksanaan sesuatu standard dalam kalangan PKS makanan. Galakan yang dimaksudkan adalah dalam bentuk pengagihan peraturan keselamatan makanan di tempat-tempat latihan penyediaan makanan, mewajibkan dalam syarat pengeluaran lesen perniagaan dan juga melalui penyeragaman polisi keselamatan makanan di semua negeri.

Selain itu, kejayaan pengeluar produk makanan mematuhi dan mendapat pengiktirafan daripada badan-badan standard tertentu, sama ada daripada agensi tempatan atau antarabangsa turut mampu mendorong ke arah peningkatan terhadap penerimaan dan keyakinan produk di pasaran. Keadaan ini sudah tentunya nanti mampu memberi pulangan yang baik walaupun pada permulaan perlaksanaan standard ini mungkin menyukarkan.


Rujukan

Abu Bakar Husin. 1980. Isu halal haram dalam makanan di Malaysia dan masalah pengesahannya.

Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1. 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei. 2007. Makanan halal sumber pembentukan syakhsiah mulia.

Mohd Ali Mohd Noor dan Nor Aini Hj. Idris. 2009. Daya saing industri makanan halal berasaskan bijirin: analisis daya saing terlaras RBV dan Porte. Prosiding Perkem IV, Jilid 2.

Nor Aini Haji Idris dan Mohd. Ali Mohd. Noor. Usahawan  industri  makanan  halal:  satu  analisis  persepsi dan sikap. Seminar Keusahawanan Islam Peringkat Kebangsaan.

http://www.tintaguru.com/2011/06/makanan-dan-minuman-yang-halal-dan-yang.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Halal
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_pemakanan_Islam


MZ Zainudin, Muhammad ‘Ammar Muhammad Sani. Muhamad Nashry Abd Rahim, Mohamad Zulhaikel Narawi, Ilham Iftikhar Ibrahim, Muhamad Budie Basri, Mohamad Firdausz Mohd Aris, Muhammad Aliff  Rasdan.



No comments:

Post a Comment