Thursday, March 12, 2015

Keanehan berfikir









Sebelum kita mengatakan seseorang itu berfikiran kreatif, lebih baik kita melihat senarai ciri-ciri orang yang kreatif seperti yang disebutkan oleh John Maxwell dalam buku “How Successful People Think”. 

Maxwell mengatakan enam ciri orang yang berfikiran kreatif yang kita sendiri boleh semak sama ada ciri-ciri ini ada pada kita atau tidak. 

Pertama, menghargai idea. Kreativiti adalah apabila kita mampu menghargai idea dan tahu bagaimana memanipulasi idea tersebut. Kedua, suka memiliki pilihan. Pilihan memberi peluang untuk mencari jawapan yang terbaik, bukan sekadar jawapan yang betul sahaja. Ketiga, suka yang tidak pasti. Keempat, meraikan yang aneh ataupun ganjil. 

Kreativiti itu pun sifatnya suka menyimpang daripada jalan yang biasa diambil dan bergerak melawan arus. Untuk kreatif, kita patut menerima sedikit keanehan dalam hidup.


No comments:

Post a Comment