Saya yakin dan
percaya bahawa menetapkan matlamat dan sasaran yang jelas amat penting. Namun
kita perlu tahu fungsi minda kita.
Ya, kita perlu tahu bagaimana minda kita
bekerja terlebih dahulu. Minda kita tidak mampu fokus dengan baik selagi tidak
memiliki objektif yang jelas.
Objektif atau sasaran yang jelas ada tiga ciri
iaitu sangat jelas supaya boleh dijadikan fokus, dapat dicapai dan boleh
mengubah hidup. Tiga ciri ini boleh menjadi permulaan ke arah tuju yang hendak
dilalui. Matlamat tadi perlu ditulis supaya kita sentiasa ingat.
Tidak perlu
bimbang jika kita rasa matlamat kita terlalu kecil kerana sekurang-kurangnya
kita telah membuat tindakan awal iaitu memberi arah di mana hendak pergi.
No comments:
Post a Comment