Proses berfikir
menjadi lebih cepat dan segar apabila kita berkawan atau mengikut jejak langkah
orang yang suka berfikir. Mereka ini boleh jadi rakan sekerja, rakan melepak,
jiran, bos atau pakar dalam sesuatu bidang.
Berbuat baik dan peramah dengan
semua orang memberi ruang untuk kita pilih orang yang benar-benar mengajak kita
berfikir. Mereka yang mengajak kita berfikir ini ibarat besi keluli yang
menajamkan satu sama lain.
Sediakan diri kita untuk diproses, dicanai dan
dibentuk sebagai pemikir yang bijak. Kita perlu ingat, pemikir tidak muncul
secara berkala atau tiba-tiba sebaliknya muncul daripada sifat disiplin diri,
istiqamah, sentiasa mencatat dan membuat dokumentasi.
Hari ini lebih mudah
kerana kita boleh taip idea kita dalam blog dan berkongsi dengan orang lain di
seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment