Semua orang mahu
menjadi lebih baik dan pandai daripada rakan-rakannya. Kepandaian boleh
dibahagikan kepada banyak kategori seperti pandai menyanyi, pandai berniaga dan
pandai dalam mengurus hidup.
Pada saya, pandai yang lebih hebat adalah pandai
berfikir. Orang yang pandai berfikir sentiasa dicari kerana orang jenis ini
tahu bagaimana cara bertindak, tahu mengambil keputusan dan tahu menyelesaikan
masalah.
Penghujungnya adalah orang yang pandai berfikir mempunyai masa hadapan
yang lebih cerah dan boleh pergi lebih jauh.
Orang yang pandai berfikir punyai
banyak idea sama ada ketika seorang diri ataupun dalam berkumpulan.
Mereka yang
membina proses berfikir boleh mengawal fikiran dan hidup sendiri. Mereka yang
pandai berfikir selalunya lebih berjaya.
No comments:
Post a Comment