Kata orang,
perjalanan menuju ke destinasi adalah lebih menarik berbanding destinasi yang
ingin dituju itu sendiri.
Contohnya, kita ingin pergi ke taman konservasi gajah
di Raub, Pahang. Kita bawa keluarga termasuk anak-anak untuk melihat anak
gajah, ibu gajah dan bapa gajah yang sedang mandi di samping persembahan gajah.
Untuk pergi ke taman ini, banyak proses yang dilalui.
Antaranya adalah dapatkan
hotel, kenderaan, hubungi pemandu pelancong dan membuat anggaran perbelanjaan.
Prosesnya agak mencabar tetapi memberi peluang kepada kita untuk belajar banyak
perkara seperti komunikasi, perundingan dan tawar-menawar.
Kita juga belajar
tentang penerimaan dan penolakan, mengurus masa dan berdisiplin.
Jika kita
merancang ke tempat lain pada tahun hadapan, prosesnya lebih kurang sama.
Apabila sudah ada pengalaman, tentulah kerja menjadi lebih mudah.
No comments:
Post a Comment