Kajian-kajian yang
dilakukan ke atas individu-individu yang berjaya menunjukkan satu persamaan
iaitu cara berfikir yang sama walaupun setiap daripada mereka memiliki sifat,
watak dan latar belakang hidup yang jauh berbeza.
Hakikatnya adalah cara
berfikir individu-individu ini boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Inti
patinya adalah jika kita mampu mengubah cara berfikir, kita mampu mengubah
seluruh kehidupan kita.
Agak sukar menggambarkan betapa pentingnya mengubah
cara pemikiran kita.
Pemikiran yang baik boleh memberi banyak faedah seperti menambah
pendapatan (hari ini ramai orang kreatif yang mendapat ribuan ringgit hanya
dengan idea kreatif mereka), juga dapat selesaikan masalah lebih cepat dan
berkongsi peluang dengan ramai orang.
No comments:
Post a Comment