Hidup yang kita
lalui adalah ujian. Orang bujang dengan ujiannya, orang yang berkeluarga dengan
ujiannya.
Sihat, sakit, susah dan senang semuanya adalah ujian hidup. Lulus
ujian hidup tentulah dapat ganjarannya. Namun ramai juga yang gagal dalam ujian
hidup ini kerana hendak melepasi ujian hidup dunia, sedangkan ujian hidup untuk
akhirat tidak dapat dilepasi.
Sebaik-baiknya kita memahami bahawa ujian hidup
sebenar adalah untuk hidup bahagia di akhirat.
Seseorang yang mendapat tahu
dirinya disahkan mendapat kanser pada salah satu anggota badannya, respons
terhadap berita itu bergantung kepada cara fikirnya. Doktor meramalkan jangka
hayatnya adalah tiga minggu.
Orang yang positif mungkin tenang tetapi orang
yang resah, hidupnya berbeza. Keresahan menyebabkannya mati lebih awal,
ketenangan menyebabkannya lebih yakin dengan ajal dan maut.
No comments:
Post a Comment