Monday, January 12, 2015

Prinsip-prinsip kejayaan belia








Pengarang: Editorial Thinker’s Library Sdn Bhd.
Tahun: 2007
Penerbit: Thinker’s Library Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor.
Muka Surat: 256

Buku ini merupakan buku motivasi untuk belia dan remaja, namun kelompok lain  juga boleh membacanya. Terdiri daripada lima jilid dengan 15 siri, kandungannya sangat padat dengan olahan konsep dan asas kepda perubahan diri.

Siri 1, 2 dan 3 dalam jilid 1 ini merangkumi tiga tajuk besar iaitu kejayaan dimulakan dari minda padu, matlamat yang pasti dan jelas serta keyakinan diri.

Dalam Siri 1 dimuatkan cerita kejayaan yang telah dialami oleh pencetus perubahan seperti Henry Ford, Edison dan Firestone. Kisah Henry Ford sangat menarik kerana beliau merupakan seorang yang berpengaruh dan mempunyai falsafah kejayaan yang hebat. Tidak hairanlah beliau boleh mengubah dunia melalui kereta model T yang diusahakannya.

Begitu juga dengan Firestone yang mencetuskan industri tayar di Ohio, Amerika Syarikat.

Walaupun hampir lapan tahun diterbitkan, buku ini masih relevan untuk pembaca memahaminya kerana kandungan yang dipaparkan amat mudah dan praktikal.



No comments:

Post a Comment