Saturday, January 24, 2015

Tiga perkara ubah cara fikir









Berfikir sangat penting kerana berfikir mampu meningkatkan kehidupan ke tahap yang berbeza sama ada secara peribadi ataupun profesional. Kita perlu tahu tiga perkara untuk mengubah cara berfikir. 

Pertama, mengubah cara berfikir tidak berlaku secara automatik. Idea yang hebat tidak muncul secara tiba-tiba kepada orang yang tidak berfikir. Kalau hendak idea yang hebat, kita kena mencari idea tersebut. 

Kedua, bukan mudah mengubah cara berfikir. Ia sangat susah dan kita patut menggunakan semua alat bantu yang kita tahu untuk mengubah cara berfikir ini. 

Ketiga, ubah cara berfikir adalah pelaburan yang terbaik sepanjang hidup. 

Apabila kita meluangkan masa untuk belajar mengubah cara berfikir sebagai usaha menjadi pemikir yang hebat, kita sebenarnya sedang meningkatkan kualiti diri kita sendiri.


No comments:

Post a Comment