Saturday, January 17, 2015

Istiqamah








Istiqamah atau consistency atau berterusan menjadi sebahagian daripada asas kejayaan. 

Orang yang bijak sudah tentu tahu bahawa melakukan sesuatu kerja sedikit demi sedikit tetapi berterusan lebih mudah untuk berjaya. 

Istiqamah boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan, boleh dimulakan di rumah, tempat kerja atau di peringkat negara. 

Contoh di peringkat negara adalah negara Jepun yang menggunakan pendekatan “kaizen” iaitu penambahbaikan berterusan. Penerapan amalan istiqamah boleh dilakukan dari semasa ke semasa dalam pelbagai bidang. 

Kalau pelajar, beristiqamah dalam cara belajar, menghadiri kelas dan kuliah serta mencari soalan-soalan tahun lepas. Istiqamahnya sehinggalah selesai pengajian dan bergraduat.




No comments:

Post a Comment