Thursday, January 08, 2015

Nikmati hidup










Rasa sedih merencatkan seketika detik-detik kegembiraan yang dinikmati dalam hidup. Bagaimana mengurangkan kesedihan ini? 

Ada dua cara, pertama, menggunakan kaedah mental atau mengeksploitasi cara kita berfikir, kedua, mengubah cara hidup seharian. Keluar daripada kesedihan ini boleh berlaku dari dua laluan atau kaedah ini. 

Contohnya, seorang wanita ibu tunggal, anak-anak sudah besar dan tinggal dengan keluarga masing-masing. Dia ada sebuah basikal yang dibeli tiga tahun lepas tetapi tidak pernah mencuba untuk naik. Dia pun tidak terfikir bagaimana basikal boleh mengisi masa hidupnya. 

Suatu hari dia membaca serangkap puisi yang seolah-olah menceritakan kisah hidupnya. Tidak ada yang kurang dalam hidupnya, dia mendapat kesihatan yang baik, rezeki yang murah, tiada musuh dan rakan-rakan yang baik hati. 

Esoknya dia mula memegang basikal dan mula membuat kayuhan pertama.


Post a Comment