Penulis: Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi
Tahun: 2013
Penerbit: Must Read Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor:
Muka Surat: 382
Naskah “Ensiklopedia Al-Quran” merupakan ensiklopedia
pertama yang berjaya disiapkan oleh penulis. Beliau memilih tajuk ini kerana
kandungan buku ini yang digarap dengan cermat daripada pelbagai sisi pandang
dan perbahasan para ulama secara separa ilmiah. Ia bertujuan membicarakan
tentang kehebatan dan keagungan al-quran yang mulia.
Selain itu, buku ini seolah-olah menjadi satu bicara
al-quran tentang keluasan ilmu, kehebatan dan kemuliaannya. Para pembaca boleh
menilai dan merasakan bahawa al-quran itu mengandungi banyak hikmah dan rahsia
yang tidak terjangkau.
Ensiklopedia ini mengupas beberapa persoalan penting yang
dikehendaki oleh pembaca.
Antaranya adalah definisi sebenar al-quran, sejarah dan skop
al-quran, perbezaan al-quran dengan kitab yang lain, rahsia kebesaran al-quran,
cara membaiki diri melalui al-quran dan 150 fakta menarik mengenai al-quran.
Ensiklopedia ini juga ditulis untuk memberi kefahaman yang
jelas berkaitan al-quran dalam kehidupan kita dan seterusnya bagaimana al-quran
mampu diamalkan dengan penuh rasa keyakinan. Selain itu, para pembaca diajak
untuk berfikir tentang bagaimana panduan dari al-quran itu mampu menjadi asas
kepada penyatuan umat Islam.
No comments:
Post a Comment