Apabila seseorang
mencecah umur 60-an atau 70-an, banyak lintasan fikiran yang menyelubunginya.
Ia adalah fasa-fasa hidup yang menggembirakan, menakutkan atau tidak ada
apa-apa.
Ada juga yang bersikap optimis, mengambil makanan lebih berkhasiat,
menyediakan makanan tambahan dan kekal cergas dengan bersenam.
Ada juga ingin
mencuba aktiviti yang tidak dapat dicapai semasa usia muda seperti menunggang
kuda, bermain jet ski atau memandu kapal terbang. Daya ingatan turut terjejas,
kurang ingat nama rakan-rakan, stamina semakin susut dan agak cerewet dalam
banyak perkara. Makan dan minum juga memilih.
Saya fikir tidak ada gunanya
merungut apabila semakin banyak nikmat hidup yang dapat ketika muda, makin lama
semakin kurang.
Sebaiknya terimalah keadaan diri yang semakin meningkat usia
dengan ketenangan.
No comments:
Post a Comment