Monday, January 19, 2015

The AirAsia story 2






Penulis: Chin Pei Ling
Tahun: 2014
Penerbit: Kanyin Publications Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Muka Surat: 180

Di kulit muka buku ini tercatat maklumat “ daripada dua buah pesawat dan hutang 40 juta ringgit, bagaimana AirAsia merealisasikan impian setiap orang untuk terbang dan kini menjadi kumpulan penerbangan tambang murah terbesar di Asia”.

Kenyataan ini sudah menyentak benak kita untuk mengetahui strategi dan operasi AirAsia yang berubah daripada sebuah syarikat penerbangan yang tidak dikenali kepada sebuah entiti perkhidmatan tambang murah paling hebat di Asia.

AirAsia adalah kisah kejayaan transformasi yang sangat hebat. Kejayaannya mesti diketahui oleh orang ramai. Sejak tahun 2008, AirAsia telah melangkah jauh sehingga mendapat anugerah “World’s Best Low-cost Airline” selama lima tahun berturut-turut.

Pencapaian ini diraih ketika dunia penerbangan berhadapan dengan pelbagai situasi sukar.

Hari ini, AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang murah yang menjalar ke seluruh Asia Tenggara dan syarikat pengendali tambang murah terbesar di Asia.

Jika anda hendak tahu bagaimana AirAsia berjaya, anda patut memiliki buku ini.




No comments:

Post a Comment