Hampir setiap hari
saya akan melalui lorong sempit apabila pergi dan balik ke tempat kerja. Lorong
ini adalah laluan pintas di kawasan perumahan.
Setiap kali melalui taman ini,
saya perlu berhati-hati, melihat kalau ada kereta lain yang turut datang.
Kadang-kadang berselisih juga.
Pengajaran yang saya dapat ialah kita wajar
berhati-hati dalam perjalanan hidup yang panjang. Setiap peringkat hidup tentu
ada cabaran-cabaran besar dalam bentuk emosi, fizikal dan spiritual yang
semuanya perlukan kaedah penyelesaian yang khusus.
Contohnya, remaja lelaki
berumur 20-an berhadapan cabaran yang jauh beza dengan lelaki 30-an, malah jauh
lebih beza dengan lelaki 40-an. Jadi, kita mesti sentiasa bersedia dengan
cabaran-cabaran hidup dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment