Hakikat kejayaan boleh dikaitkan dengan semangat yang meluap-luap untuk tidak mahu gagal dalam setiap kerja yang dilakukan. Inilah yang merangsang tindakan, membuahkan pencapaian yang hebat dan impian menjadikan setiap usaha adalah kejayaan.
Apabila digabungkan corak pemikiran begini dengan etika kerja yang hebat, kita menolak keluar kegagalan-kegagalan yang bersarang di dalam hati dan fikiran.
Ilham untuk berjaya bermula dengan diri sendiri. Individu yang berjaya sentiasa berorientasikan risiko daripada cuba mengelakkan diri daripada risiko. Kita mengambil peluang mengambil sesuatu yang baru dan dapat menghidu kejayaan dengan memberi fokus kepada bidang yang ada peluang, tumpu pada projek tersebut dan jangan elak sama sekali.
Ganjarannya bukan sekadar mendapat projek yang berjaya tetapi kita dilihat sebagai pemenang. Masa dan usaha yang diberikan untuk mengambil risiko tadi telah mendorong kepada pengiktirafan. Penghargaan demi penghargaan tidak akan berakhir sekiranya peluang menghadapi risiko itu sememangnya memberikan peluang.
Keinginan dan dedikasi yang ditunjukkan, sebenarnya membawa faktor-faktor kejayaan lain yang berkait dengan kejayaan. Oleh kerana etika kerja yang hebat, bos kita mula menunjukkan minat, rakan kita juga mula berdamping.
Kisah-kisah kejayaan dalam semua bidang melibatkan ramai orang. Setiap kejayaan sebenarnya disumbangkan oleh orang yang berada di sekitar kita.
No comments:
Post a Comment