Bisnes hamper adalah bisnes sepanjang masa. Tak kira musim. Kalau sudah tiba musimnya, tak menang tangan untuk menyiapkan tempahan. Kebebasan berkarya dan cukup bahan-bahan untuk idea kreatif dapat mencipta bekas hamper yang menarik dan unik.
‘Kebebasan dimanfaatkan sepenuhnya bagi menghasilkan hamper yang menarik dan eksklusif,’ kata usahawan hamper yang sering mendapat tempahan dari syarikat korporat.
Bila masanya bisnes ini meletup? Pertama, musim perayaan – hari raya, tahun baru cina, deepavali atau krismas. Kedua, musim cuti sekolah (banyak majlis kahwin pada masa ini). Ketiga, sambutan ulang tahun (hari lahir, penubuhan syarikat atau perkahwinan).
Hari-hari lain juga boleh digunakan utuk mencari pelanggan individu atau syarikat yang hendak meraikan kejayaan seperti naik pangkat, dapat cahaya mata pertama, dapat gelaran ‘Datuk’, bertukar jabatan atau pencen.
Memulakan bisnes hamper perlukan sedikit modal kewangan untuk membeli barang-barang yang sesuai dengan kehendak pelanggan. Tetapi itu hanyalah peringkat awal kerana selepas itu, modal terbesar dan terpenting ialah kreativiti.
Wang dan kreativiti akan mencipta keseronokan. Modal lain ialah kemesraan ketika melayan pelanggan dan tidak lekang dengan senyuman.
No comments:
Post a Comment