Wednesday, November 19, 2008

Balang eksklusif

Mencipta balang kosong dengan hiasan yang menarik dapat memberi nilai tambah kepada penggunaannya. Daripada kosong tanpa ada ukiran, balang-balang ini tidak ada nilai berbanding jika kita mengukir lukisan atau menghiasnya dengan meletakkan pelbagai jenis bunga, tali atau gambar.

Nilai selonggok balang kosong tidak sampai RM50 tetapi setelah dihias, ia menjadi RM30 hingga RM40 sebalang. Anda boleh menjual balang ini kepada rakan-rakan, jiran atau tetamu yang datang ke rumah. Bagi mereka yang ada minat menjual, boleh mencari pasaran korporat seperti bank, agensi kerajaan atau swasta.

Idea untuk menggubah hiasan balang boleh dicari dari majalah atau buku-buku hiasan yang senang diperolehi sekarang ini. Kalau anda rajin, berjalan-jalanlah di sekitar kedai hiasan, aksesori dan taman-taman permainan yang menarik bagi mencari idea. Berbincang dan bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan juga boleh menjana idea yang lebih baik dan menarik.

Bagaimana keadaannya jika anda tidak mempunyai bakat menghias tetapi mampu mengeluarkan modal?

Banyak caranya. Salah satu daripadanya ialah mengupah orang lain yang ada bakat. Dia mungkin adik-beradik anda, mungkin juga saudara terdekat atau mungkin rakan-rakan yang anda kenali. Beri mereka habuan yang berpatutan supaya mereka dapat menyalurkan kemahiran untuk bisnes anda itu.

Apa yang perlu anda cari dan lakukan ialah menyediakan kelengkapan yang cukup dan bersesuaian dengan cita rasa dan keperluan mereka. Sediakan tempat yang selesa dan biarkan mereka dengan hasil kerja unik yang anda ingini.

Kerja anda ialah keluar mencari pasaran dan membina rangkaian pemasaran, melantik pengedar dan berusaha menambah pendapatan ke dalam poket wang anda.

No comments:

Post a Comment