Monday, November 17, 2008

Using brainpower in the classroom

Penulis: Steve Garnett
Tahun: 2005
Penerbit: Routledge, New York, USA.
Muka surat: 164

Buku ini menyediakan model yang realistik, praktikal dan boleh diguna pakai oleh guru khususnya bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran di dalam kelas. Terdapat lima langkah yang disarankan iaitu:

1. pembelajaran pelbagai deria
2. aktiviti yang menepati kepintaran utama pelajar
3. padanan jenis pembelajaran mengikut gender
4. menggunakan struktur pembelajaran untuk menyesuaikan pencerapan otak secara semula jadi
5. pengurusan kelas yang mesra otak dan membantu pembelajaran yang aktif

Huraian yang ringkas dan padat disusuli dengan ilustrasi yang menarik. Garnett memuatkan kata-kata ringkas daripada Albert Einstein iaitu,

‘Everything should be made as simple as possible, but not simpler.’

Justeru, buku ini disusun mengikut bab yang setiapnya bermula dengan latar belakang teori dalam konteks maklumat-maklumat yang berkaitan dengan otak. Ia juga dapat membantu pengajar menggunakan teori-teori berkaitan di dalam kelas.

Teras kepada buku ini ialah ia menyediakan nota praktikal untuk pengajar yang mahu melihat sepintas lalu kajian-kajian yang telah dilaksanakan. Banyak kajian kes dan idea yang praktikal boleh dijadikan panduan.

Keupayaan pembaca menganalisis setiap idea boleh membantu mereka memahami peranan dan fungsi otak dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment