Thursday, April 10, 2008

Perkhidmatan penghantaran

Kita telah biasa dengan syarikat besar dalam industri penghantaran seperti Federal Express tetapi ia tidak bermakna langsung tidak ada ruang kepada kita, peniaga kecil-kecilan untuk mencari wang dalam bisnes ini.

Jika anda dapat menghantar dengan cepat dan cekap di kawasan anda dengan harga yang bersesuaian, barangkali bisnes penghantaran boleh menjadi bisnes terbaik yang anda perlu beri perhatian.

Kelayakan untuk menjadi seorang penghantar ialah mesti mempunyai lesen memandu dan rekod pemanduan yang baik, kemahiran pengurusan organisasi yang memuaskan dan mempunyai kenderaan yang dapat membantu proses penghantaran yang lancar.

Kemahiran mengurus organisasi tidak akan muncul dalam sekelip mata kerana ia memerlukan anda untuk mengalami sendiri suasana sebuah organisasi. Peringkat awal bisnes, anda boleh berganding bahu dengan adik-beradik yang lain atau rakan-rakan anda yang ingin mencari wang tambahan. Barang-barang untuk dihantar boleh ditentukan sendiri seperti sayur-sayuran, buah-buahan atau barang dapur yang lain.

Hari ini orang ramai memberi perhatian yang lebih banyak tentang apa yang mereka makan dan sumber makanan ini, jadi mereka tidak berkira untuk membayar lebih jika sesuatu produk itu berkualiti.

Tentukan pelanggan yang anda. Bagi barangan keperluan harian, suri rumah adalah pelanggan yang tepat kerana mereka memerlukan perkhidmatan yang cekap bagi menyediakan makanan kepada keluarga.

Mungkin di kawasan tempat tinggal anda sahaja ada beratus-ratus bakal pelanggan yang bersedia menggunakan khidmat anda ini.

Caj bayaran boleh dikenakan mengikut penggunaan petrol, masa dan jarak perjalanan. Kalau perkhidmatan anda sangat cekap, beyaran yang tinggi tidak akan merungsingkan pelanggan kerana mereka tahu dan nampak di mana pelaburan tersebut dibelanjakan.

Apabila anda yakin dapat menguruskan sebuah bisnes penghantaran yang akan berkembang pesat, dapatkan khidmat nasihat daripada agensi kerajaan yang sedia membantu usahawan.

Mungkin anda inginkan tambahan kenderaan untuk membawa barang yang lebih banyak dan besar. Jadi, mendapatkan kereta atau motosikal terpakai adalah pilihan tepat kerana kos yang lebih rendah.


Atau mungkin juga anda ingin menyewa beberapa buah kenderaan yang sesuai supaya urusan penghantaran tidak tertunggak dan pelanggan meyakini perkhidmatan yang anda berikan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment