Ketika berbincang dengan rakan-rakan penyelidik berkenaan isu-isu semasa khususnya Sufiah Yusof, perhatian kami tertumpu kepada beberapa hal yang sangat memusykilkan iaitu sebab-musabab Sufiah berubah.
Perkara utama ialah sumber berita dan kenapa ia disiarkan sekarang, bukannya ketika kegiatan tersebut dikesan pada Disember lepas. Ia menjadi tanda tanya kepada kami dan menarik minat penyelidik untuk mencari punca kepada isu ini. Salah satu daripada rumusannya ialah konspirasi untuk bertindak balas ke atas Yusof Farook kerana enggan mendedahkan teknik pembelajaran matematik yang menjadi rebutan banyak pihak termasuk kerajaan Britain sendiri yang pernah menawarkan 40,000 pound untuk membeli formula berkenaan.
Satu-satunya cara yang paling berkesan dan memalukan Farook ialah menggunakan hubungan kekeluargaan dengan cara memisahkan hubungan di antara ibu, bapa dan anak. Setiap perkembangan keluarga ini direkodkan dan diikuti dengan rapat sehinggalah musnah keseluruhannya. Kini Farook merengkok di penjara atas tuduhan mencabul yang tidak diketahui sejauh mana kebenarannya kerana beliau sering mengatakan hubungan keluarga mereka anak-beranak sangat baik. Beliau tidak pernah dilihat membenci Sufiah atau anak-anak yang lain walaupun regim pendidikan yang dilalui adalah lasak.
Peringkat awal kepada konspirasi ialah apabila Sufiah dipisahkan daripada keluarga selepas menduduki peperiksaan di Oxford University. Media melaporkan beliau melarikan diri sebaliknya Farook berulang kali menyatakan anak perempuannya diculik oleh pihak ketiga. Sufiah dilaporkan berkata yang dia tidak suka dengan cara ayahnya mengongkong dan memaksanya untuk belajar. Dia juga mengeluarkan kenyataan yan memburukkan ayahnya dan ketika ini ini kita tidak membaca sebarang kenyataan yang memburukkan ibunya, Halimahton.
Jika Sufiah mengatakan Farook mengongkong, bagaimana pula keadaan adik-beradik yang lain? Tidak pula mereka mengeluarkan kenyataan seperti yang dilakukan oleh Sufiah. Siapakah yang merancang munculnya konflik ini dan membisikkan ke telinga pelajar pintar berkenaan?
Terdapat pihak lain begitu bersungguh-sungguh untuk mendesak Sufiah lari meninggalkan universiti dan memburukkan bapanya kerana ketika usia 15 tahun dan anak yang diasuh dengan didikan agama, tentu sukar bagi beliau untuk bertindak sendirian walaupun dikatakan tertekan.
Hubungan yang terpisah dengan ibu dan bapa diambil alih oleh badan kebajikan sosial yang mempunyai agenda tersendiri. Apakah tidak ada orang lain yang layak memberi perlindungan kepadanya lebih-lebih lagi orang Islam? Dibimbangi ketika bersama pertubuhan inilah beliau diasak dengan pemikiran yang bercelaru dalam usaha melarikan akidah dan pegangan hidupnya.
Apa yang terjadi ke atas Sufiah selepas bercerai sehinggalah pendedahan News of the World masih menjadi tanda tanya. Apakah yang terjadi dan kenapa masa ini yang dipilih untuk membuat pendedahan?
Berselang-seli dengan pelancaran filem Fitna oleh Geert Wilders, media Britain itu sebenarnya mengambil kesempatan menyemarakkan imej buruk ke atas Islam dengan cara mengaitkan Sufiah dengan Islam dan latar belakang keluarganya. Dengan segala kepintaran, seorang pelajar pintar kini dikatakan terlibat dengan kegiatan tidak bermoral dan dibayar untuk berbogel di hadapan kamera. Gambar berkenaan kemudian dijadikan modal untuk merosakkan masa depannya.
Kejayaan News of the World memujuk Sufiah menanggalkan pakaian dan bercerita tentang kerjayanya adalah satu penghinaan kepada agama dan umat Islam. Apa agenda tersembunyi di sebalik drama ini dan kenapakah banyak publisiti diberikan kepada bekas pelajar pintar matematik yang melacurkan diri untuk menampung pengajian di universiti?
Kita harus dan sentiasa sedar betapa Barat sentiasa mengintai peluang untuk memburukkan dan memusnahkan cahaya Islam. Pendedahan secara besar-besaran ini dilihat sebagai pelengkap kepada rangkaian konspirasi yang telah bermula tahun-tahun sebelum ini tanpa kita sedari bagi memaksa formula cemerlang matematik Farook yang diingini oleh banyak pihak. Barat tidak pernah bersimpati kepada Islam dalam apa cara sekali pun.
Salam,
ReplyDeleteCuba sdr layari blog keluarga Sufiah (mungkin di kendalikan halimahtun dan anak2 yg lain). Di situ diperjelaskan all misconception pasal isu Sufiah dan jual cara pembelajaran mereka...
http://hyusof.com/
Cuba layari http://hyusof.com/
ReplyDeleteYou will get more explanations