Menjadi pencuci pejabat nampak seperti kerja kotor dan selalunya dikaitkan dengan mereka yang ada tahap pelajaran yang rendah. Dalam dunia pekerjaan, kadangkala tahap pendidikan tidak ada makna jika malas berusaha.
Seorang makcik yang berpendapatan RM750 sebulan untuk menjaga kebersihan sebuah pejabat, datang jam 5 pagi untuk mengemas pejabat, sapu sampah, tukar air dalam pasu bunga dan mop lantai. Perkhidmatan yang dilaksanakan sangat memuaskan hati. Dari jam 5 pagi hingga 12 tengah hari, dia dapat bekerja di empat buah pejabat yang berdekatan.
Begitulah rutin hariannya setiap hari. Tidak boleh duduk diam dan peluang yang diberikan oleh orang lain digunakan sebaiknya untuk memberikan khidmat yang terbaik.
Kerja sebagai pencuci nampak mudah, tidak perlu naik tangga untuk dapatkan pinjaman bank. Makcik ini dapat kumpul RM3,000 sebulan kerana ada strategi dan keperluan lain. Barangkali anaknya sudah masuk universiti atau menabung untuk menunaikan haji.
Barangkali makcik pencuci tidak sampai ke sekolah menengah tetapi cara berfikirnya sangat bijak. Perkhidmatan mencuci jika dilaksanakan dengan baik, cekap dan berkualiti dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.
Keperluan untuk mencuci bukannya susah. Sebiji tong, pencuci cermin, bekas untuk isi air, batang mop, penyapu, bahan pencuci dan sepasang uniform. Modal awal tidak sampai pun RM500.
Jadi, terpulang kepada anda untuk melakukan kerja yang dikatakan low standard ini tetapi dapat memberi wang RM3,000 sebulan kepada anda, mengalahkan gaji pegawai yang bekerja sehari, sedangkan makcik tadi bekerja separuh hari saja. Siapa yang lebih beruntung?
No comments:
Post a Comment